Write For Us

Perlu ikut undang-undang, kata IGP pada Umno

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
88 Views
Published
Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata polis akan mengikut proses dalam siasatan berhubung wang yang dirampas dari kediaman bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.
Fuzi berkata demikian ketika ditanya berhubung gesaan Umno agar wang berkenaan dipulangkan kepada parti itu.
"Ada proses dan cara tuntutan itu. Kita mesti mengikut proses yang diperuntukkan oleh undang-undang.
"Siasatan masih berjalan dan mungkin kita memerlukan masa.
"Tapi kita tidak boleh bertindak sebarangan, kita perlu mengikut saluran dan proses undang-undang," katanya kepada sidang media selepas acara mengagihkan kuih hari raya di ibu pejabat polis di Bukit Aman, Kuala Lumpur.
Semalam, Umno berkata wang berkenaan sedang dalam proses untuk diserahkan kepada pimpinan baru susulan peletakan jawatan Najib sebagai presiden parti.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment