Write For Us

PERMATA diteruskan, tetapi perlu diaudit

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
88 Views
Published
Program Permata Negara (PERMATA) akan diteruskan oleh kerajaan, kata Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Walau bagaimanapun, Wan Azizah yang juga menteri wanita dan pembangunan keluarga berkata program yang diilhamkan oleh Datin Seri Rosmah Mansor, isteri bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak itu perlu diaudit terlebih dahulu dalam segenap aspek.
Ini, katanya, termasuk melibatkan peruntukan, keberkesanan kos dan hasil program.
Beliau berkata demikian kepada pemberita di pejabatnya di bangunan Perdana Putra, di Putrajaya hari ini.
Wan Azizah berkata, beliau dan Dr Mahathir berpandangan bahawa PERMATA lebih relevan untuk berada di bawah kementerian itu memandangkan ia melibatkan usaha-usaha meningkatkan perkembangan kanak-kanak.
Beliau sebelum itu mengulas gesaan Rosmah agar kerajaan baru Pakatan Harapan akan meneruskan program berkenaan.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment