Write For Us

Permohonan qazaf Anwar ditolak Mahkamah Tinggi Syariah

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
179 Views
Published
Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam hari ini menolak permohonan qazaf Datuk Sri Anwar Ibrahim terhadap peguam kanan Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah selepas memutuskan bahawa ia tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar permohonan yang berkaitan dengan liwat.
Hakim Mohamed Fouzi Mokhtar berkata demikian kerana negeri Selangor tidak menganggap liwat satu kesalahan sama dengan zina.
Beliau berkata ini walaupun penerimaan majoriti ulama Islam bahawa liwat boleh dimasukkan di bawah zina.
Mahkamah tersebut, katanya, mempunyai bidang kuasa yang terhad dan hanya boleh melaksanakan dan mentafsirkan undang-undang.
Dalam keputusan lisannya, beliau berkata, oleh kerana bidang kuasa yang terhad, maka terpulang kepada badan perundangan negeri atau badan perundangan persekutuan untuk memperluaskannya.
Dalam pada itu, peguam, Fadhlina Siddiq berkata anak guamnya (Anwar) menyifatkan keputusan itu seimbang khususnya ia menyentuh kelemahan undang-undang pentafsiran jenayah syariah yang sebenarnya memerlukan pindaan besar-besaran.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment