Write For Us

Permohonan Tony Pua batalkan saman Najib ditetap 27 Nov

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
92 Views
Published
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 27 November untuk mendengar permohonan Anggota Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua untuk membatalkan saman fitnah yang difailkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Hakim Ahmad Zaidee Ibrahim juga menetapkan tarikh pendengaran selama lima hari mulai 5 Mac tahun depan.
Terdahulu dilaporkan bahawa Pua memohon untuk membatalkan saman itu kerana Najib memfailkan saman atas kapasiti peribadi sebagai perdana menteri.
Ini adalah saman pertama yang difailkan oleh Najib terhadap Pua dan pemilik Media Rakyat Chan Chee Kong di mana Pua dikatakan telah menuduh perdana menteri yang merupakan pengerusi lembaga penasihat 1MDB mencuri wang rakyat dalam ucapannya di majlis makan malam di Petaling Jaya.
Najib memfailkan saman dua tahun yang lalu di mana beliau mendakwa perkataan itu bermaksud bahawa beliau tidak layak dan tidak boleh dipercayai untuk memegang jawatan awam.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment