Write For Us

Perompak kedai emas cedera dibelasah

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
67 Views
Published
PENGUNJUNG sebuah pusat beli-belah di Bukit Tinggi di Klang digemparkan satu kejadian rompakan di sebuah kedai emas, kira-kira 10 malam Sabtu, 22 Februari.
Beberapa video tular di media sosial, termasuk satu video dipercayai memaparkan seorang suspek dalam keadaan cedera terbaring di dalam kedai emas terbabit selepas ditangkap orang awam.
Turut tular juga sebuah video memaparkan pengawal keselamatan cuba mengacukan pistol ke arah dua penjenayah yang melarikan barang kemas di premis terbabit.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu.
Beliau berkata, suspek yang berusia 19 tahun yang juga warga tempatan itu diserahkan kepada polis.
#HMETRO #METROTV
Please visit our website for more news
Please like
Please follow
And also our
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment