Write For Us

'Pertama kali dalam sejarah' - Radzi gesa jelaskan ralat angka hasil Belanjawan 2024

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
25 Views
Published
Ahli Parlimen Putrajaya, Mohd Radzi Md Jidin menggesa kerajaan memberi penjelasan mengenai ralat angka hasil selepas langkah Belanjawan 2024 pada dokumen tinjauan fiskal dan anggaran hasil kerajaan Persekutuan yang naik kepada RM4.698 bilion bagi cukai tidak langsung berbanding angka asal RM623 juta.

Menurut Radzi ralat sedemikian membabitkan satu angka yang besar seperti duti eksais yang menjadi komponen cukai tidak langsung juga naik kepada RM1.148 bilion berbanding angka asal RM523 juta.

Mohd Radzi turut mempersoalkan kemungkinan syor untuk menaikkan cukai perkhidmatan sebanyak dua peratus adalah cadangan saat akhir kerana ia tidak disenaraikan daripada awal.

Sehubungan itu, Radzi menegaskan, jawatan Menteri Kewangan seharusnya perlu dipegang oleh seseorang yang boleh memberi perhatian kepada tugasnya secara sepenuh masa.

Video link- https://youtu.be/e0as5fBMSM4
Category
TV Saluran - TV Channel
Tags
Kinitv, Malaysia, politics
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment