Write For Us

Pertemuan dengan MOF minggu depan bincang 5G, DNB - Fahmi

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
37 Views
Published
Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata satu pertemuan antara kementeriannya dengan Kementerian Kewangan (MOF), akan diadakan minggu hadapan bagi membincangkan isu rangkaian 5G dan Digital Nasional Bhd (DNB).

Fahmi berkata semalam, perkara itu dibangkitkan dalam mesyuarat kabinet pagi tadi dan Perdana Menteri Anwar Ibrahim, mengarahkan satu pertemuan antara Kementerian Komunikasi dan Digital dan MOF.

Ia bagi meneliti, menilai dan memberi cadangan tentang langkah-langkah yang perlu diambil, melibatkan bukan sahaja DNB tetapi pelaksanaan rangkaian 5G di seluruh negara.

Sumber video: https://www.facebook.com/Fahmi.Fadzil.1/videos/1320124178828090
Category
TV Saluran - TV Channel
Tags
kinitv, malaysia, politics
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment