Write For Us

Peruntukan Muar Syed Saddiq saman kerajaan

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
12 Views
Published
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memohon semakan kehakiman terhadap kerajaan dan Perdana Menteri selepas menghentikan dan menyekat peruntukan kawasan Parlimen Muar sejak tahun lepas.

Bekas menteri belia dan sukan itu serta tiga pemohon lain memfailkan permohonan kebenaran semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 23 April lalu.

Peguam kanan persekutuan Ahmad Hanir Hambaly @ Arwi mengesahkan Jabatan Peguam Negara (AGC) - yang mewakili perdana menteri dan kerajaan - akan mengemukakan bantahan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Syed Saddiq memerlukan kebenaran daripada mahkamah sivil sebelum dia boleh meneruskan semakan kehakimannya.

Sumber Video: https://www.facebook.com/syedsaddiqofficial/videos/402762972572062
Category
TV Saluran - TV Channel
Tags
Kinitv, Malaysia, politics
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment