Write For Us

Perwakilan cetus kekecohan akan dipecat

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
67 Views
Published
Anggota Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan ahli parti yang didapati bersalah mengganggu atau mensabotaj perjalanan kongres akan dikenakan tindakan tegas, termasuk dipecat.
Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil menegaskan kekecohan dan cubaan beberapa perwakilan merempuh masuk dewan persidangan Kongres AMK, adalah kesalahan disiplin yang serius.
Beliau berkata demikian kepada pemberita di ruang legar dewan persidangan Kongres AMK di Ayer Keroh Melaka pada Jumaat.
Terdahulu, bekas Pengerusi Tetap AMK, Mizan Adli mendakwa kira-kira 200 perwakilan tidak berpuas hati kerana tidak dibenarkan masuk, sedangkan sejumlah individu yang memakai baju hitam dibenarkan masuk sebagai pemerhati walaupun tiada pas.
Perwakilan Shah Alam yang juga Naib Ketua AMK Shah Alam, Muhd Izuan Ahmad Kasim mengulangi dakwaan itu dan turut merakam gerombolan individu dipercayai berusia bawah 20 tahun, dibawa masuk ke dalam dewan persidangan menggunakan pintu belakang.
-------------------------------------
#HMETRO #METROTV
Please visit our website for more news
Please like
Please follow
And also our
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment