Write For Us

Perwakilan keluar dewan bantah perbahasan

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
79 Views
Published
Beratus perwakilan Kongres Nasional PKR 2019 padaSabtu, 7 Disember bertindak keluar dewan dipercayai memprotes perbahasan Ucapan Dasar Presiden yang didakwa tidak membicarakan isu penting seperti kemiskinan rakyat, ekonomi dan reformasi.
Sebaliknya, beberapa perwakilan dan pemerhati yang ditemui mendakwa pembahas menggunakan kesempatan berbahas itu untuk mengkritik kepemimpinan dan menyindir Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan kumpulannya.
Kejadian kira-kira 3 petang itu, kira-kira sejam setengah sebelum kongres hari ini berakhir, menyaksikan perwakilan yang majoritinya dari Selangor, bertindak keluar secara beransur-ansur menyebabkan tempat duduk bahagian perwakilan di dalam dewan kosong.
Difahamkan, perwakilan dan pemerhati menerima pesanan ‘WhatsApp’ dan panggilan telefon daripada individu tertentu yang meminta mereka keluar dewan perbahasan ketika wakil Selangor, Dr G Shathiskumar sedang berucap.
Perwakilan yang keluar dewan itu bagaimanapun tidak menimbulkan kekecohan sebaliknya hanya melaungkan kata-kata ‘balik, balik’ ketika berada di luar Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) sambil masing-masing bergerak meninggalkan bangunan.
-------------------------------------
#HMETRO #METROTV
Please visit our website for more news
Please like
Please follow
And also our
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment