Write For Us

Pesakit N-CoV 2019 pertama sembuh di Malaysia

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
73 Views
Published
Seorang kanak-kanak perempuan warga China yang dilaporkan positif jangkitan N-CoV 2019 kini sihat dan dibenarkan pulang.
Kanak-kanak ini merupakan kes positif pertama yang berjaya dirawat di Malaysia.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah, ia selepas ujian pengesanan ulangan virus itu yang dijalankan ke atasnya sebanyak dua kali menunjukkan keputusan negatif.
Ini merupakan satu daripada 10 kes positif virus itu di Malaysia, dengan sembilan daripadanya adalah warga China.
Kata Dr Noor Hisham lagi, kes ini menunjukan jangkitan novel koronavirus boleh dirawat dan pesakit boleh kembali sembuh sepenuhnya, sebagaimana banyak lagi kes lain yang turut dilaporkan di China.
Sementara itu Kedutaan China di Malaysia berkata kanak-kanak itu dan keluarganya akan pulang ke China tak lama lagi.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment