Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyeru anggota parti itu hadir ke perhimpunan Fastaqim 2.0 anjuran mereka di Kuala Terengganu pada 29 dan 30 September ini.
Memetik Harakahdaily, Abdul Hadi berkata anggota parti itu harus “menunaikan janji dan taat setia kepada perjuangan Islam dan keazaman untuk menyelamatkan negara tercinta ini.”
Perhimpunan itu dianjurkan bagi memberikan isyarat bahawa parti itu sudah bersiap sedia bagi menghadapi pilihan raya umum ke-14 yang mesti diadakan selewat-lewatnya tahun depan.
PAS menyasarkan kehadiran 200,000 orang.
Ia diadakan di Terengganu kerana parti itu yakin dapat menawan kembali negeri itu yang terlepas daripada genggaman mereka pada 2004 setelah sepenggal memerintah.
Fastaqim dalam bahasa Melayu bermaksud kebangkitan.
Himpunan itu kali pertama diadakan di Kota Bharu, yang dilihat sebagai perhimpunan besar pertama mereka setelah tidak lagi bersama Pakatan Rakyat.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment