Write For Us

Peter Anthony masuk wad, pendakwaan ditangguh 10 Julai

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
68 Views
Published
Pendakwaan terhadap Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah Peter Anthony di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur ditangguhkan ke 10 Julai, selepas Adun Melalap dari Warisan itu dimasukkan wad kerana mengalami vertigo di hospital KPJ Kota Kinabalu di Sabah, semalam.

Di hadapan hakim Mahkamah Sesyen, Rozina Ayob pagi ini, peguam Peter, Mohamed Haniff Khatri Abdulla mengatakan bahawa anak guamnya pada mulanya sepatutnya menaiki penerbangan jam 4.15 petang dari Sabah ke sini, petang semalam.

Bagaimanapun, Haniff mengatakan bahawa Peter kemudian ditempatkan di hospital swasta di Kota Kinabalu kerana mengalami vertigo.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment