Write For Us

Petronas tegur #TeamSyedSaddiq guna telefon di stesen minyak

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
110 Views
Published
Tindakan tim Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang berkongsi gambar beliau sedang mengisi minyak kereta di sebuah stesen minyak Petronas mengundang teguran syarikat pengeluar minyak nasional itu.
Menerusi foto yang dikongsikan di media sosial Twitter #TeamSaddiq ia memaparkan Ketua Pemuda Pakatan Harapan (PH) itu sedang bersandar di kereta miliknya sambil mengisi minyak.
Gambar itu menarik perhatian Petronas Brands yang mengeluarkan nasihat supaya tidak menggunakan telefon bimbit sewaktu berdekatan dengan pam.
Teguran Petronas Brands itu mendapat perhatian netizen yang rata-ratanya bersetuju dengan teguran berkenaan dan menyifatkannya sebagai mengundang bahaya.Melalui gambar yang dimuat naik itu, Syedd Saddiq dipercayai dalam perjalanan ke Cameron Highlands bagi membantu kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) yang sedang berlangsung.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment