Write For Us

PH perlu nyatakan pendirian isu kaum bagi kalahkan Umno-PAS

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
66 Views
Published
Kerajaan PH perlu menyatakan pendirian tentang debat melibatkan kaum atau berdepan kemungkinan kalah dalam pilihan raya kepada Umno dan PAS yang menggunakan isu berkenaan, kata Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.
Dr Mahathir turut mempertahankan Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik.
"Saya tak nampak apa-apa masalah dengan Maszlee, dia suruh tukar kasut warna hitam sahaja. Yang lain semua okay. Yelah, pasal dia cakap sedikit berkenaan kaum, bukan bermakna dia rasis.
"Dalam parti kita, banyak orang cakap pasal kaum juga, orang yang dari keturunan India dia cakap selalu berkenaan kaum India, orang yang dari parti DAP yang Cina cakap pasal Cina, yang Melayu cakap pasal Melayu, yang Iban cakap pasal Iban, yang Kadazan cakap pasal Kadazan.
"Tapi mereka semua rakyat Malaysia, anda tidak boleh mempersoalkan kerakyatan mereka. Isu kaum lain," kata Dr Mahathir pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu pada Selasa.
Dr Mahathir berkata demikian sebagai mengulas gesaan menyingkirkan Maszlee susulan kenyataannya berhubung kuota matrikulasi.
Pengerusi PH itu juga menegaskan bahawa PH perlu bersaing dengan Umno dan PAS dalam menarik sokongan orang Melayu.
"Anda perlu memenangi sokongan bumiputera.
"Terutamanya ketika ini Umno dan PAS bergabung dan menggunakan isu kaum dan agama untuk mendapatkan sokongan.
"Jika kita tidak menjelaskan pendirian kita tentang kaum, kita akan kalah dalam pilihan raya," katanya.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment