Write For Us

PH yang janji tak akan ada lantikan politik jika menang - Najib

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
93 Views
Published
Bekas perdana menteri Najib Razak menempelak para pemimpin PH yang tidak habis-habis bercakap mengenai pentadbiran Perikatan Nasional (PN) yang membuat siri pelantikan politik untuk mengetuai badan kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Dakwa Najib, sebelum PRU14 pada 2018 PH mengikrarkan janji bertulis untuk mengakhiri semua lantikan politik dan ini tidak seperti kerajaan PN.

"PH yang janji tak akan ada lantikan politik jika menang.

"PH yang mungkir janji dengan membuat lantikan politik secara berbaris-baris," katanya.

Pada hantaran Facebooknya, Najib berkongsi beberapa laporan berita yang memetik kenyataan para pemimpin PH, termasuk bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad, yang selepas mengambil alih kuasa pada 2018 berkata PH akan meneruskan dasar pelantikan politik individu yang berkelayakan.

Selain Mahathir, Najib berkongsi tajuk berita dari Oktober tahun lepas yang memetik bekas timbalan menteri Sivarasa Rasiah sebagai berkata PH "tidak pernah berjanji" untuk menghapuskan lantikan politik.

Begitu juga, Najib menegaskan bagaimana Menteri Besar Kedah Mukhriz Mahathir juga mempertahankan tindakan itu, dilaporkan berkata "lantikan politik perlu dilihat secara positif."
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment