Write For Us

Pilihan raya bukan platform anjur bantahan

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
49 Views
Published
Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menempelak pihak tertentu yang menggunakan platform kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis untuk mengadakan himpunan membantah keputusan kerajaan.
Beliau yang juga Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN) berkata, pilihan raya sebenarnya medan atau ruang bagi calon dan parti bertanding untuk memperjelaskan pelbagai isu bagi menarik sokongan rakyat.
Mohd Shafie ditemui pemberita pada program bertemu masyarakat Cina di Kampung Tabuoh Daingin, Jalan Kimanis pada Rabu, 15 Januari.
Pada sebelah pagi, Himpunan Solidariti Rakyat Sabah Bantah Aman Pas Sementara Sabah (PSS) diadakan di Pekan Membakut. Perhimpunan itu dianjurkan dua badan bukan kerajaan dari Sabah.
Dalam pada itu, Mohd Shafie berkata, beliau difahamkan jumlah mereka yang menyertai himpunan itu tidak ramai dan bukan semata-mata penduduk di kawasan Kimanis.
------------------------------------

#HMETRO #METROTV



Please visit our website for more news

Please like

Please follow

And also our
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment