Write For Us

Pilihan raya mengejut di Selangor? Ini jawapan Azmin

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
102 Views
Published
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali berkata tidak ada keperluan untuk mengadakan pilihan raya mengejut di Selangor walaupun PAS secara rasmi memutuskan hubungan dengan PKR.
"Tidak ada isu untuk mengadakan pilihan raya negeri. Kami masih utuh dan kukuh," kata Azmin kepada pemberita selepas menghadiri satu majlis bersama-sama Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di Sungai Choh.
ADUN Bukit Antarabangsa itu berkata, beliau sudah memaklumkan sultan mengenai perkembangan politik terkini di antara PKR dan PAS pada majlis itu.
"Tangggungjawab saya untuk memaklumkan tapi kebetulan tak hadap di istana tapi di majlis ini," katanya.
Katanya, beliau juga telah memberi jaminan kepada sultan untuk mengekalkan kestabilan kerajaan negeri.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment