Write For Us

Pindaan perlembagaan Bersatu untuk kukuhkan parti

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
86 Views
Published
Pindaan perlembagaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dibuat bagi memperkukuhkan perjuangan parti, kata Pengerusinya Dr Mahathir Mohamad.
Berucap pada Perhimpunan Agung Khas Bersatu bagi membahaskan pindaan itu, Perdana Menteri berkata sesebuah parti politik memerlukan perlembagaan supaya kepimpinan parti dapat disusun bagi menjayakan perjuangannya.
"Tanpa susunan yang rapi dengan ketua-ketua tertentu, jawatan-jawatan tertentu, tanggungjawab-tanggungjawab tertentu, sudah tentu parti kita tak dapat bergerak.
"Adanya pemimpin-pemimpin ini semata-mata untuk memberi kekuatan kepada parti supaya ia dapat berjuang secara tersusun, teratur dan dengan itu lebih besar kemungkinan parti akan menang," katanya pada pehimpunan itu di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), pada Sabtu.
Dr Mahathir berkata wujudnya kepimpinan parti seperti pengerusi, presiden, timbalan presiden, naib presiden, selain memegang jawatan dalam kerajaan, adalah untuk kepentingan pengurusan sahaja.
Untuk itu, Dr Mahathir berkata ahli Bersatu harus sanggup berkorban dalam parti dan tidak hanya berjuang semata-mata untuk memegang jawatan yang akhirnya menyebabkan parti kalah dalam pilihan raya.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment