Write For Us

PKP: Kerana kek batik, pelajar IPTS dipenjara 7 hari serta denda RM800

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
80 Views
Published
Tindakan seorang penuntut wanita sebuah universiti swasta ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan keluar rumah untuk memberi rakan lelakinya makan kek batik membawa padah, apabila dia dijatuhi hukuman penjara tujuh hari dan denda RM800 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Majistret Ellyna Othman memerintahkan wanita berumur 22 tahun itu menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh dia ditangkap pada 18 April lepas, selain memerintahkan tertuduh dipenjara dua bulan sekiranya gagal membayar denda.

Rakan lelakinya yang juga berumur 22 tahun yang merupakan penuntut sebuah universiti awam, dikenakan denda RM1,000 atau penjara dua bulan.

Mengikut fakta kes, pihak polis menemui kedua-dua tertuduh di dalam sebuah kereta yang diletakkan di tepi jalan dalam keadaan enjin tidak dimatikan dan alasan diberikan wanita itu ialah dia ingin memberi rakan lelakinya makan kek batik yang dibuatnya serta ketika tangkapan dibuat, lelaki itu sedang makan kek berkenaan.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment