Write For Us

PKP pemulihan mulai 10 Jun, perjalanan rentas negeri dibenarkan

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
65 Views
Published
Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengumumkan penguatkuasaan perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP) bagi menggantikan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) bermula 10 Jun ini hingga 31 Ogos.

Dalam perutusan khas yang disiarkan secara langsung hari ini, Muhyiddin berkata Malaysia kini memasuki fasa pemulihan dan menerusi PKPP, lebih banyak kelonggaran akan diberikan kepada orang ramai dalam menjalani kegiatan seharian.

Muhyiddin berkata hampir semua kegiatan sosial, pendidikan, keagamaan, perniagaan dan sektor ekonomi akan beroperasi semula secara berperingkat, dengan pematuhan sepenuhnya terhadap prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Waktu operasi perniagaan juga akan kembali seperti biasa dengan pelaksanaan kebiasaan baru seperti penjarakan sosial, penggunaan pelitup muka dan pembersih tangan di premis, katanya lagi.

https://www.malaysiakini.com/news/529156
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment