Pergerakan rentas negeri masih tidak dibenarkan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) tetapi empat hari diberikan pengecualian bagi membolehkan mereka yang terkandas di kampung dapat pulang semula ke tempat kerja dan kediaman masing-masing di bandar.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata polis memberikan empat hari pelepasan pergerakan rentas negeri iaitu 7 hingga 10 Mei.
Justeru, katanya individu yang sudah mendapat kelulusan pergerakan dinasihatkan menggunakan tarikh berkenaan untuk membuat perjalanan.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment