Write For Us

PKPD: Penghuni baling barang dari atas, askar terpaksa pakai helmet

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
135 Views
Published
Warga asing yang terlibat menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di tiga lokasi kediaman, didakwa menunjukkan protes dengan melempar barangan dari tingkat atas bangunan.

Menurut laporan Sinar Harian yang memetik sumber berkata, sikap biadab penghuni warga asing itu dipercayai kerana mereka tidak berpuas hati terhadap perintah berkenaan dan kemungkinan kerana masalah mendapatkan bekalan makanan.

Jelas sumber, bukan sekadar sampah yang dibaling dari tingkat atas, tetapi termasuk bawang putih dan bungkusan plastik berisi air kencing.

Katanya, jika melihat ketika kawalan sekatan jalan raya, askar tidak memakai helmet tetapi hanya memakai beret.

Tetapi ketika PKPD ini, askar terpaksa memakai helmet bagi elak terkena benda yang dibaling dari atas.

Tiga bangunan telah diisytiharkan PKPD di ibu negara iaitu di Menara Plaza City One di Jalan Munshi Abdullah bermula 31 Mac lalu manakala bangunan Malayan Mansion dan Selangor Mansion di Jalan Masjid India pula dikuatkuasakan sejak Selasa lalu.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment