Pengarah Komunikasi PKR Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin menganggap khabar angin yang mengatakan parti itu memecat Timbalan Presidennya Datuk Seri Azmin Ali sebagai palsu.
Memetik Malaysiakini, Shamsul ketika dihubungi pagi tadi bagi menafikan desas-desus yang beredar di media sosial berkata tidak ada sebarang perbincangan sedemikian dalam PKR malah tiada mesyuarat diadakan malam semalam.
Khabar angin yang mendakwa Azmin dipecat daripada PKR telah tersebar serta tular di media sosial malam tadi, termasuklah melalui Facebook dan Twitter.
Tidak dapat dipastikan dari mana khabar angin itu muncul kerana kebanyakan hantaran di media sosial seringkali menyebarkan dakwaan tanpa sumber berwibawa atau kenyataan pemimpin parti.
Bagaimanapun, dipercayai ramai netizen yang berkongsi khabar angin itu mudah percaya mengenai persaingan dalaman yang bukan lagi rahsia umum di antara Menteri Hal Ehwal Ekonomi dan Naib Presiden PKR yang dilantik Rafizi Ramli.
Azmin turut didakwa lebih cenderung menyebelahi Pengerusi Pakatan Harapan dan Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga perdana menteri.
Namun demikian, walaupun terdapat dakwaan begitu hubungan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Azmin yang ditunjukkan kekal akrab apabila Anwar bersama isterinya Datin Seri Wan Azizah meluangkan masa menziarahi Azmin yang baru selesai pembedahan hempedu di rumahnya

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment