Write For Us

PLUS tutup 134 lorong tambah nilai mulai 22 Jun

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
146 Views
Published
PLUS Malaysia Berhad (PLUS) akan menutup kesemua 134 lorong tambah nilai di plaza tol lebuh raya berkenaan mulai 22 Jun hingga 2 Julai ini bagi melancarkan pergerakan trafik pada cuti Hari Raya Aidilfitri.
Menurut PLUS dalam kenyataan hari ini, langkah itu bertujuan mengurangkan kesesakan yang berpunca daripada pengguna lebuh raya yang beratur di lorong tambah nilai.
PLUS menjangkakan aliran trafik bagi penggunaan Lebuhraya Utara-Selatan sempena cuti Hari Raya Aidilfitri akan datang meningkat kepada 21 peratus berbanding hari biasa.
Justeru, PLUS mengingatkan orang ramai agar memastikan kad PLUSMiles atau Touch 'n Go mereka mempunyai baki yang mencukupi.
Orang ramai boleh menambah nilai kad masing-masing di kira-kira 9,200 lokasi tambah nilai lain di seluruh negara termasuk di mesin ATM, kedai serbaneka 24 jam dan stesen minyak, termasuk yang beroperasi di kawasan rehat dan rawat di sepanjang lebuh raya.
Selain itu, pusat khidmat pelanggan PLUS akan dibuka setiap hari mulai 7 pagi hingga 10 malam termasuk Sabtu, Ahad dan hari cuti umum bagi membolehkan orang ramai membuat urusan tambah nilai di plaza tol terpilih.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment