Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata Datuk Seri Najib Razak yang menjalankan tugasnya sebagai Perdana Menteri berhak menggunakan pesawat rasmi kerajaan dalam urusan percutiannya.
Kata Nur Jazlan, rakyat sering kali tidak menyedari bahawa seseorang perdana menteri mempunyai kelayakan untuk menggunakan pesawat rasmi kerajaan.
Beliau berkata demikian dalam temubual eksklusif di sini hari ini.
Pesawat udara dengan nombor pendaftaran 9M-NAA itu dikatakan berlepas pada jam 12.07 tengah malam dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang pada 22 Disember dan mendarat di Gold Coast, Australia pada jam 10.06 pagi hari yang sama.
Bagaimanapun pesawat itu hanya berhenti sebentar kerana ia berlepas pula dari Gold Coast pada jam 11.47 pagi dan mendarat di Brisbane pada pukul 12.09 tengah hari.
Tiada penerbangan komersial antara Brisbane dan Gold Coast kerana jaraknya hanya 110 kilometer atau satu jam perjalanan sekiranya memandu kenderaan.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment