Write For Us

PM, Isteri tunai umrah di Mekah selepas hadir Sidang Kemuncak Tergempar OIC

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
7 Views
Published
Perdana Menteri Anwar Ibrahim bersama isterinya Dr. Wan Azizah Wan Ismail menunaikan ibadah umrah selepas selesai menghadiri Sidang Kemuncak Tergempar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) kali kelapan di Riyadh, semalam.

Turut bersama Menteri Luar Negeri, Zambry Abdul Kadir dan Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil dan beberapa delegasi kementerian mengiringi Anwar ketika melakukan ibadah di Mekah waktu subuh tadi.

Anwar dijangka akan berlepas ke San Francisco dari Jeddah untuk menghadiri Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) di Amerika Syarikat yang akan berlangsung pada 15 November.

Video sources: PMO
Category
TV Saluran - TV Channel
Tags
Kinitv, Malaysia, politics
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment