Write For Us

PM mana paling banyak tahan orang dalam ISA? Ini jawab Tun M

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
128 Views
Published
Mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tidak faham kenapa beliau terus dipersalahkan kerana menahan ramai orang di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ketika zaman pentadbirannya.
Pada majlis sesi dialog townhall bersama anak muda di Petaling Jaya malam tadi, Mahathir menunjukkan paling kurang seramai 2,000 orang ditahan semasa 13 tahun pemerintahan perdana menteri pertama Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.
Hal yang sama turut berlaku ketika pemerintahan selama enam dan lima tahun bagi Tun Abdul Razak Hussein dan Tun Hussein Onn yang melibatkan penahanan lebih 2,000 orang.
"Saya (mentadbir cuma selama) 22 tahun, cuma 1200 sahaja yang di tahan.
"Yang saya heran tiada siapa marah kepada mereka sebaliknya saya yang masukkan dalam ISA nilai terkecil, menjadi sasaran.
"Ni saya kurang faham kerana apa yang saya lakukan apa yang dilakukan mereka. Kenapa mereka tak dijadikan sasaran bahkan mereka lebih bengis dari saya," kata Mahathir lagi.
Beliau menjawab soalan hadirin yang bertanya kenapa beliau membenarkan Operasi Lalang terjadi pada waktu itu dan kemungkinan beliau melakukan hal tersebut dengan berbeza.
"Jika mahu salahkan saya silakan, ia sudah pun terjadi," jawab pengerusi HARAPAN itu.
Mahathir berkata orang ramai bebas untuk menyalahkan beliau dalam hal itu.
"Jika saya diberitahu kalau saya tidak menangkap maka akan terjadi keganasan, saya tidak menjalankan amanah saya jika saya tidak menangkap mereka. Jadi saya perlu menangkap mereka."
Meski pun orang bebas mendakwa salah guna kuasa ketika pemerintahannya, Mahathir menyangkal kerajaan di zaman beliau berbuat demikian.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment