Write For Us

PM: SJKC perlu kuasai bahasa Melayu untuk perpaduan

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
126 Views
Published
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu penguasaan bahasa Melayu di sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) ditingkatkan untuk terus memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat negara ini.
Beliau berkata, ini penting kerana bahasa Melayu adalah medium komunikasi yang mampu mempromosikan perpaduan dalam kalangan rakyat dan seharusnya dikuasai semua rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang, agama, kaum dan bangsa.
"Kita akan membina lebih banyak SJKC jika ada permintaan dan kapasiti bersesuaian, baik di bandar mahupun luar bandar. Namun kita juga menggalakkan mereka untuk menerima dan mempromosi bahasa Melayu kerana itu bahasa kita.
"Bahasa Melayu penting kerana kita boleh menggalakkan perpaduan. Saya mahu memberikan penekanan terhadap perkara ini.
"Apabila kita membina lebih banyak sekolah Cina, tolong berikan perhatian terhadap bahasa Melayu sama,” katanya sewaktu menjawab soalan pada sesi dialog TN50: Sidang Kemuncak Belia Cina 2017 di Wisma Huazong, Serdang di Kuala Lumpur yang turut dihadiri Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment