Write For Us

PM ulas kemelut FGV esok

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
113 Views
Published
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan mengulas mengenai kemelut Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) ketika lawatannya ke kawasan Felda di Kulai, Johor, esok.
"Saya akan komen (mengenai isu FGV) ketika saya melawat ke kawasan rancangan Felda di Johor esok," katanya pada sidang media Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kemelut yang melanda FGV.
Diminta mengulas mengenai pelantikan Datuk Seri Idris Jala sebagai pihak berkecuali bagi meneliti isu berkenaan, Najib sekali lagi berkata beliau akan memberi komennya berhubung perkara itu esok.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment