Write For Us

PM umum subsidi gaji hingga RM1200 bagi setiap pekerja

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
64 Views
Published
Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan peruntukan program subsidi upah yang diumumkan 27 Mac lalu telah dinaikkan daripada RM5.9b kepada RM13.8b.

Semua syarikat dengan pekerja tempatan yang bergaji RM4,000 dan ke bawah akan menerima bantuan subsidi upah seperti berikut:

1) Bagi syarikat yang mempunyai pekerja lebih daripada 200 orang, subsidi upah sebanyak RM600 bagi setiap pekerja dikekalkan. Namun, bilangan maksimum pekerja yang layak untuk menerima subsidi akan ditingkatkan daripada 100 orang kepada 200 orang pekerja.

2) Bagi syarikat yang mempunyai bilangan pekerja 76 hingga hingga 200 orang, syarikat akan menerima subsidi upah sebanyak RM800 bagi setiap pekerja.

3) Syarikat yang mempunyai bilangan pekerja sehingga 75 orang, syarikat akan menerima subsidi upah sebanyak RM1,200 bagi setiap pekerja.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment