Write For Us

PN anjur demo bantah petisyen cabar enakmen syariah di tiga negeri

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
14 Views
Published
Perikatan Nasional (PN) akan menganjurkan siri perhimpunan bagi membantah petisyen dua individu yang mencabar 20 peruntukan dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019.

Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man berkata perhimpunan tersebut akan diadakan pada 16 November di Terengganu, diikuti 18 November di Kelantan dan perhimpunan munajat pada pagi 20 November di Istana Kehakiman, Putrajaya.

Pada 25 Februari 2021, Mahkamah Persekutuan sebulat suara membenarkan Iki Putra mencabar keabsahan Seksyen 28 Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 berhubung kesalahan seks luar tabii.

Sementara dalam cabaran terhadap peruntukan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019 dibuat oleh Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid dan anaknya Tengku Yasmin Nastasha Tengku Abdul Rahman terhadap Kerajaan Kelantan, tahun lalu.

Mereka mahu mengisytiharkan 20 peruntukan kesalahan dalam enakmen itu terbatal dan tidak sah.

Sumber video: https://youtu.be/u4bYuwowmf0
Category
TV Saluran - TV Channel
Tags
Kinitv, Malaysia, politics
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment