Write For Us

PODCAST BERSAMA DATIN NATASHA CHARMAINE, RELA ‘HILANG’ PENGIKUT GARA-GARA BERLAKON FILEM IMAM

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
44 Views
Published
Pernah tampil dengan imej seksi, pelakon Natasha Charmaine, 30, bertindak membuang pengikutnya di Instagram, susulan watak sebagai isteri imam yang memerlukannya bertudung dalam filem Imam.

Menerusi naskhah arahan Mior Hashim Manap, Natasha membawakan watak sebagai isteri kepada Datuk M. Nasir, Siti Nur Aisyah yang penuh kesantunan dan tidak banyak melontarkan dialog, sebaliknya lebih menggunakan bahasa tubuh.

Anak kelahiran Kuching, Sarawak ini tidak kisah dikecam apabila mengambil pendekatan itu demi karakter yang ditampilkan dalam filem yang bakal menemui penonton bermula 2 Mac ini.

“Saya tidak kisah orang nak pertikai jumlah pengikut yang tinggal sedikit. Kalau dahulu ada dalam 30,000 pengikut, sekarang baru cecah 1,000. Saya juga memilih untuk memuat naik gambar yang tidak berapa seksi, lebih-lebih lagi disebabkan filem ini.

“Jalan cerita filem ini sangat Islamik, jadi saya perlu berfikir dahulu sebelum memuat naik sebarang perkongsian, terutama gambar di media sosial,” katanya semasa mempromosikan filem tersebut di Utusan Malaysia, baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Natasha yang berkecimpung dalam industri seni sejak 2010 memberitahu, dia pernah berputus asa dan tidak mahu meneruskan karier sebagai pelakon.

Kongsinya, media sosial boleh menyebabkan tekanan dan kegelisahan melampau akibat komen netizen yang keterlaluan.

Bagaimanapun, hatinya sedikit terubat apabila ada peminat yang memuji lakonannya dan mengikuti drama yang dibintanginya.

“Bagi saya, sebaik manapun imej kita, tetapi kalau mulut jahat tidak guna juga. Jadi, saya cuba mengelak daripada dikecam orang ramai dengan memilih gambar sepatutnya untuk dikongsi,” katanya.

Filem yang menjalani penggambaran sejak Januari tahun lalu itu merupakan adaptasi novel Imam karya Sasterawan Negara, Allahyarham Datuk Abdullah Hussain.

Ia mengisahkan perjuangan seorang imam iaitu Haji Mihad lakonan M. Nasir yang ingin membawa pembaharuan di kampungnya sendiri.

Namun, hasrat murni itu mendapat tentangan daripada sebahagian penduduk kampung yang seagama dan sebangsa, malah daripada saudara-maranya sendiri.

Filem ini turut dibintangi pelakon hebat lain seperti Faizal Hussein, Vanidah Imran, Datuk Jalaluddin Hassan dan Datuk Rahim Razali.

Terima kasih buat kalian yang sudi menonton, sudi LIKE, sudi KOMEN dan sudi SUBSCRIBE!

???? ANDA JUGA BOLEH IKUTI BUDIEY DI:
□ Portal: https://www.budiey.com
□ Instagram: https://instagram.com/budiey
□ Twitter: http://twitter.com/budiey
□ Facebook: http://facebook.com/BudieyDotCom
□ Youtube: http://youtube.com/budieychannel
□ Podcast:: https://anchor.fm/budieychannel
□ Vlog: https://cutt.ly/HnAOWsZ

❤️ HULURKAN DERMA SUMBANGAN UNTUK SUPPORT BUDIEY:-
□ https://www.patreon.com/budiey

MUSIC FOR YOUTUBE:
□ Music Epidermic: https://cutt.ly/ynFRaYe

EMAIL & CONTACT :
□ Mahu hantar produk & hadiah, or for business enquiries please contact:
[email protected]

MERCHANDISE BUDIEY:
□ Baju T: https://cutt.ly/9nAOnlc
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment