Write For Us

Pokcik, demo hebak!

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
60 Views
Published
Meskipun dilahirkan tanpa kedua-dua tangan, namun kekurangan itu tidak membataskan lelaki ini untuk melakukan pelbagai kerja demi kelangsungan hidup.
Kecacatan dihidapi Rahim Yusoff, 54, sejak lahir, tidak pernah menjadi alasan mengharapkan simpati pihak lain, sebaliknya kekurangan itu menguatkan semangatnya untuk terus berdikari.
Rahim juga mahu mengubah stigma negatif masyarakat tentang keupayaan golongan orang kurang upaya (OKU).
Walaupun cacat kedua-dua tangan, dia bersyukur kerana mempunyai kaki normal yang dapat membantunya bergerak dan mencari rezeki bagi menyara kehidupan bersama isteri, Noraidah Hamzah, 45, yang lumpuh dari paras pinggang ke bawah dan tiga anak berusia antara tujuh hingga 15 tahun.
Rahim berkata, beban yang ditanggung sedikit ringan apabila dia dan isteri masing-masing mendapat bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM400 dan RM250 setiap seorang.
-------------------------------------

#HMETRO #METROTV



Please visit our website for more news

Please like

Please follow

And also our
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment