Write For Us

Pokok kurma berbuah di K'tan jadi tumpuan

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
414 Views
Published
KOTA BHARU: Dengan tujuan untuk mengindahkan Bandar Kota Bharu bersesuaian dengan jolokan Kelantan Serambi Mekah, namun pokok kurma yang ditanam akhirnya menjadi tarikan rakyat di negeri itu termasuk pelancong dalam dan luar negara. Lebih seminggu lalu, pokok tamar yang ditanam di Bulatan Jam Besar, dikunjungi orang ramai untuk melihat buah berkenaan yang sebelum ini tidak berbuah di negara-negara sebelah Asia, termasuk Malaysia. Buah kurma yang lebat buahnya dianggap unik dan belum pernah berlaku di negeri Kelantan Serambi Mekah. Ketua Penolong Pengarah Pengurusan Koprat MPKB-BRI, azman Mat Daham, ketika dihubungi tidak menolak pokok berkenaan berbuah berikutan cuaca panas dan kering sejak dua bulan lalu. Katanya, perubahan cuaca sedemikian mungkin begitu sesuai untuk kurma mengeluarkan buahnya. "Pada mulanya MPKB-BRI menanamnya hanya untuk hiasan semata-mata sebagai simbolik Kelantan Serambi Mekah,"ujarnya. Menurutnya lagi, bukan mudah untuk menjaga pokok ini apabila 10 daripadanya selepas ditanam, mati. "Akhirnya gantikan dengan pokok yang lain, kemudian ada lagi yang mati, sehinggalah hampir lima tahun ini ianya hidup subur dan akhirnya berbuah,"ujarnya. Azman bagaimanapun menasihatkan orang ramai supaya menjaga keselamatan keluarga apabila melintas untuk ke dataran tersebut memandangkan ianya laluan utama kenderaan di Bandar Kota Bharu. Beliau juga turut mengingatkan orang ramai tidak meletakkan kenderaan sesuka hati sehingga mengganggu orang ramai. "Paling penting, buah kurma jangan diambi, biarlah ianya masak, sebab kalu kita ambil buah tu tiada lagi tarikan baru orang ramai di sini. "Andainya terjumpa yang luruh, boleh dinikmati, tetapi jangan diambil buah di atas pokok apa lagi ianya belum masak,"ujarnya.

Wartawan: Salmah Mat Husain
Juruvideo: Rizal Tahir
Suntingan: Shukri Mohamad
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment