Write For Us

Polis akan soal siasat bekas menteri didakwa cabul remaja 15 tahun

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
105 Views
Published
Polis dijadual akan mengambil keterangan seorang bekas menteri yang didakwa mencabul seorang remaja perempuan berusia 15 tahun.
Memetik laporan Malaysiakini, Ketua Polis Perlis SAC Noor Mushar Mohamed berkata individu itu yang juga seorang anggota parlimen Umno, telah dipanggil untuk soal siasat esok.
Terdahulu dalam laporan Berita Harian online, Noor Mushar dilaporkan berkata bahawa remaja itu telah menarik balik laporannya, namun polis akan tetap menyiasat dakwaan itu.
Katanya lagi, polis juga sedang mendapatkan nasihat daripada timbalan pendakwa raya sama ada ia boleh diteruskan dengan pendakwaan atau tidak.
Sementara itu, Noor Mushar juga menyangkal tuduhan Pengerusi MyWatch Datuk R Sri Sanjeevan bahawa ada pihak yang cuba menutup kes tersebut.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment