Write For Us

Polis akan tahan Namewee 'Oh My God'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
141 Views
Published
Polis akan menahan penyanyi rap kontroversi, Namewee atau nama sebenarnya Wee Meng Chee sebaik sahaja dia pulang ke negara ini.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Fraidalathrash Wahid berkata, Namewee yang dipercayai masih berada di luar negara, akan ditahan berhubung siasatan ke atas video muzik terbarunya yang didakwa menghina Islam dan juga agama lain.
Pihak polis telah membuka kertas siasatan berhubung video muzik Namewee berjudul ‘Oh My God’, berikutan laporan yang dibuat oleh 20 pertubuhan bukan kerajaan (NGO), mendakwa bahawa penyanyi kelahiran Johor mengaibkan kesucian tempat ibadah di negara ini.
Mior Farid juga berkata pihaknya menerima sebanyak empat laporan polis terhadap Namewee yang dibuat orang awam di Balai Polis Jalan Patani sejak 27 Julai lalu.
Katanya, laporan pertama diterima daripada seorang Pengerusi Masjid Terapung di Tanjung Bungah selepas menerima rakaman klip video yang dinyanyikan Namewee dipercayai dilakukan di dalam masjid berkenaan.
Kes itu dilaporkan sedang disiasat mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan kerana mencemarkan tempat ibadat dengan niat untuk menghina agama.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment