AVA360 Advertising

Polis berjaya tumbang pengedaran dadah guna Poslaju

Loading...

Thanks! Share it with your friends!

You disliked this video. Thanks for the feedback!

Added by admin
11 Views
Polis merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM144.9 juta selepas menahan sembilan individu di beberapa kediaman sekitar Kuala Lumpur, semalam dan kelmarin.
Dalam serbuan bermula jam 8 malam kelmarin hingga 1 pagi semalam, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman menyita syabu seberat 309.8 kilogram (kg), heroin belum diproses (heroin base) (12.7 kg), pil ekstasi (637.7 kg), pil Erimin 5 (564.8 kg), ketamin (3.4 kg) dan kokain (6.5 kg).
Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, berkata hasil serbuan di sebuah rumah teres dan dua kondominium sekitar Kepong, Selayang dan Sentul membawa kepada penangkapan lapan individu tempatan termasuk seorang wanita dan seorang lagi wanita warga Indonesia berusia antara 23 hingga 50 tahun.
“Lima lelaki tempatan dan seorang wanita Indonesia itu didapati positif dadah jenis syabu, ketamin dan benzo hasil ujian saringan air kencing.
“Siasatan turut mendapati dua lelaki yang ditahan mempunyai rekod jenayah membabitkan aktiviti penyalahgunaan dadah.
“Turut dirampas dua pucuk pistol dengan 150 butir peluru selain empat kereta, sejumlah wang tunai mata wang asing dan tempatan, jam tangan, pelbagai barangan kemas dengan nilai keseluruhan RM400,330 bagi membantu siasatan,” katanya pada sidang media di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur (PULAPOL), di sini, hari ini.
Turut hadir, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd.
Category
TV Saluran - TV Channel

Post your comment

Sign in or sign up to post comments.

Comments

Be the first to comment