Write For Us

Polis KL nafi dakwaan Khalid Samad

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
206 Views
Published
Polis Kuala Lumpur hari ini menegaskan kenyataan yang dibuat Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang 'kesal tiada penyerang utama dalam kawad cam' dalam insiden serangan di luar lobi Parlimen pada 24 November lalu, adalah tidak benar.
Dalam satu kenyataan, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata dua sesi kawad cam diadakan pada 13 Disember lalu dan 10 Januari lalu di IPD Sentul.
Kata Amar Singh, Khalid hadir dalam sesi kawad cam yang diadakan pada 10 Januari lalu di mana dua orang suspek telah dicam daripada 11 suspek yang mengambil bahagian.
Jelasnya, kesemua suspek yang ditangkap telahpun mengambil bahagian dalam sesi kawad cam termasuk anak kepada Timbalan Menteri yang dimaksudkan melainkan hanya seorang suspek yang masih belum dikenalpasti.
Menurutnya lagi, kawad cam itu dilakukan dengan sempurna mengikut Standard Operating Procedure yang ditetapkan dan perjalanan kawad cam ini turut dihadiri oleh peguam kedua-dua pihak.
Polis Kuala Lumpur juga menasihati orang ramai supaya tidak mempercayai kenyataan tersebut dan tidak membuat sebarang spekulasi sehingga siasatan kes itu selesai dijalankan.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment