Write For Us

Polis KL santuni penduduk PPR dan PA, kurangkan ‘fear of crime’

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
57 Views
Published
Polis giat menyantuni penduduk di lebih 60 lokasi Program Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) sekitar ibu negara bagi mengurangkan kadar ketakutan masyarakat terhadap jenayah atau ‘fear of crime’.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim, berkata selain itu, usaha mendekati warga PPR dan PA bertujuan menangani tiga jenis jenayah yang didapati sering berlaku di kawasan kediaman berkenaan.
Beliau berkata, curi motosikal, bergaduh dan kecurian ialah jenayah yang sering dilaporkan berlaku di kawasan PPR serta PA, selain masalah dadah.
Justeru, tahun ini, polis Kuala Lumpur akan mendekati penduduk di 63 PPR dan PA sekitar ibu kota bagi meningkatkan kesedaran mengenai tanggungjawab mereka untuk bersama-sama polis ke arah mengurangkan kadar jenayah.
Terdahulu, beliau menghadiri Program Keselamatan dan Mencegah Jenayah Sempena Kempen Komuniti Ini Tanggungjawab Anda (KITA) di PA Seri Perak, Bandar Baru Sentul, pada Sabtu, 11 Januari.
Program KITA dianjurkan Sentul Raya Sdn Bhd sebagai inisiatif tanggungjawab sosial korporat dengan kerjasama Yayasan YTL, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
-------------------------------------

#HMETRO #METROTV



Please visit our website for more news

Please like

Please follow

And also our
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment