Write For Us

Polis Myanmar tahan hampir 500 penunjuk perasaan

Sponsored Post Vitamin D2 Canada Persia
74 Views
Published
Seorang wanita cedera ditembak dan puluhan lagi ditahan selepas polis Myanmar melancarkan tindakan keras terhadap tunjuk perasaan berlarutan menentang pemerintahan tentera.

Tiga media tempatan melaporkan, wanita yang ditembak di pusat bandar Monwya telah meninggal dunia, tetapi pegawai perkhidmatan ambulans menyatakan dia berada di hospital.

Pada masa yang sama, polis Myanmar yang ditempatkan di jalanan Yangon juga tangkap lebih kurang 470 penunjuk perasaan.

Keganasan itu meletus selepas duta besar Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) Myanmar, Kyaw Moe Tun, mendesak PBB untuk menggunakan segala cara yang diperlukan untuk mengembalikan demokrasi.

Televisyen negara, MRTV melaporkan Moe Tun telah mengkhianati negara dan bercakap untuk organisasi tidak rasmi yang tidak mewakili negara dan menyalahgunakan kuasa serta tanggungjawab seorang duta besar.
Category
TV Saluran - TV Channel
Tags
kinitv
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment