Write For Us

Polis rakam keterangan 12 saksi kes kemalangan di lebuh raya PLUS

Sponsored Post Vitamin D2 Canada Persia
87 Views
Published
Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah merakam keterangan 12 saksi awam, bagi membantu siasatan berhubung insiden kemarahan jalan raya yang meragut nyawa Syed Muhammad Danial Syed Syakir, pada Sabtu lepas.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Huzir Mohamed berkata tiga lagi saksi awam akan tampil memberi keterangan, bagi membantu siasatan kes itu pada petang ini.
"Saksi awam yang hadir memberi keterangan terdiri daripada saksi ketika kejadian dan selepas kejadian berlaku. Ada yang akan hadir untuk beri keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang petang ini.
"Siasatan masih berlangsung dan laporan bedah siasat telah diterima, namun polis menyerahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk menilai laporan itu," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, dekat Kuala Lumpur.
Dalam insiden itu, Syed Muhammad Danial, 29, dilaporkan maut selepas dilanggar kenderaan yang sebelum itu terlibat dalam kemalangan kecil dengan keretanya, selepas Plaza Tol Sungai Besi dengan kedua-dua kenderaan berhenti dekat persimpangan Bandar Baru Bangi, selepas kejadian kejar mengejar antara satu sama lain.
Sebelum kejadian, kedua-dua pemandu dikatakan terlibat dalam pergaduhan dan dileraikan pengguna lebuh raya lain, sebelum mangsa yang keluar semula daripada kenderaannya dilanggar, dan tersepit antara kenderaan dan pengadang jalan.
Susulan itu, polis menahan reman sepasang suami isteri bagi membantu siasatan kes yang dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Kedua-dua mereka direman tujuh hari sehingga 17 Ogos ini.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment