Write For Us

Polis selesai siasat 1MDB

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
157 Views
Published
Pihak polis telah menamatkan kertas siasatan berkaitan 1MDB dan ia telah diserahkan kepada pihak Peguam Negara, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.
"Kita telah pun habis siasat (1MDB) dan kertas siasatan dah serahkan kepada pihak Peguam Negara. Agak lama (dah serahkan)," katanya pada sidang media di Bukit Aman hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas soalan pemberita berhubung arahan Peguam Negara kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) agar mengakhiri siasatan anak syarikat 1MDB, SRC International.
Khalid sebelum ini memberitahu pihak polis tidak menyiasat SRC International.
Malah, pihaknya juga berkata, siasatan 1MDB berdasarkan cadangan dan penemuan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) dan pada Ogos tahun lalu , fasa pertama laporan tersebut selesai.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment