Write For Us

Polis sita barang kaitan sindiket dadah RM366 juta

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
86 Views
Published
Polis menyita pelbagai jenis hartanah, kenderaan dan barangan kemas bernilai RM366 juta selepas menahan lapan lelaki menerusi Ops Eagle Diamond di sebuah gudang di Kawasan Perusahaan Prai, Pulau Pinang.
Bahan bukti disita dalam serbuan pada 16 Januari lalu itu ialah wang tunai berjumlah RM6,960, wang dalam akaun (RM21 juta), saham (RM143 juta), hartanah (RM198 juta), kenderaan (RM2.7 juta) dan barangan kemas (RM51,800).
Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, berkata pihaknya menahan dua lelaki tempatan, lima lelaki Myanmar dan bakinya dari China berusia antara 33 hingga 51 tahun.
Turut dirampas syabu seberat (lima kilogram) dan serbuk serta cecair disyaki kimia (114.6 kg) selain pelbagai peralatan memproses dadah syabu dengan nilai keseluruhan RM250,000.
-------------------------------------
#HMETRO #METROTV
Please visit our website for more news
Please like
Please follow
And also our
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment