Exco Kanan Selangor, Datuk Teng Chang Khim mendedahkan sebanyak 13 kali panggilan telefon kepada penganjur Festival F&B Jerman dan minta kembalikan surat sokongan untuk menganjurkan festival berkenaan.
Menurut Teng,dalam satu surat kepada penganjur acara itu bertarikh 14 September, Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Utara Noh Omar Sappi berkata polis “tidak mempunyai bantahan” terhadap acara itu dan “menyokong” permohonan penganjur.
Bagaimanapun, Ketua Polis Daerah Klang Utara Mazelan Paijan pada Sabtu lalu berkata surat seumpamanya tidak wujud dan polis tidak akan membenarkan acara itu berlangsung kerana minuman alkohol akan dihidangkan.
Teng mempertikaikan kenyataan tersebut dan mendakwa polis telah meminta penganjur memulangkan surat bertarikh 14 September itu.
"Saya nak tanya kepada Polis, surat ini sudah dikirimkan kepada pemohon kenapa minta ia ditarik balik.
"Jadi ini melibatkan integriti dan kredibiliti Polis" kata Teng dalam satu sidang media sebentar tadi.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment