Write For Us

'Pray for Cikgu Azizan!'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
117 Views
Published
Lebih 300 orang berkumpul di perkarangan Mahkamah Majistret di sini seawal 7 pagi tadi, bagi menunjukkan sokongan moral mereka terhadap Azizan Manap atau Cikgu Azizan, yang menghadapi pertuduhan mencederakan muridnya.
Rata-rata yang hadir memberi sokongan kepada Cikgu Azizan ini merupakan guru-guru dari seluruh negara termasuk guru yang telah bersara.
- "Saya maafkan anak murid saya," Cikgu Azizan sebak
Mahkamah Majistret di sini hari ini melepas tanpa membebaskan Azizan Manap atau Cikgu Azizan atas pertuduhan mencederakan muridnya Oktober lalu.
Majistret Mohd Zaki Abdul Rahman membuat keputusan itu selepas Timbalan Pendakwa Raya Hazeelia Muhammad, memaklumkan pendakwaan menerima arahan daripada Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk menarik balik pertuduhan kes itu.
Cikgu Azizan, 44, yang merupakan Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid di Sekolah Rendah Taman Semarak, Nilai, dekat sini didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan pada pipi kiri seorang murid lelaki berusia 11 tahun, di hadapan tapak perhimpunan sekolahnya pada jam 7 pagi, 6 April lalu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment