Write For Us

P'raya kerajaan tempatan tiada dalam manifesto - Guan Eng

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
75 Views
Published
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata walaupun pilihan raya kerajaan tempatan penting bagi Pakatan Harapan (PH), ia tidak dijanjikan dalam manifesto gabungan itu.
Lim yang merupakan menteri kewangan berkata, apa yang lebih diutamakan PH adalah untuk menunaikan janji manifesto.
"Ia tidak dinyatakan (dalam manifesto). Tapi kita semestinya akan sentiasa menyokongnya (pilihan raya PBT) kerana kita rasakan kita perlu ada demokrasi yang lebih baik dan orang ramai perlu diberikan hak mengundi.
"Tapi memandangkan ia tidak di dalam manifesto PH, apa yang kita mahu lakukan adalah untuk melaksanakan janji-janji yang dinyatakan dalam manifesto terlebih dahulu.
"Selepas ia selesai barulah kita teruskan dengan apa yang tidak disebutkan lagi (dalam manifesto) itu," katanya kepada pemberita di lobi parlimen hari ini.
Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas mengenai kenyataan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad yang mengatakan pilihan raya kerajaan tempatan tidak akan diadakan.
Terdahulu hari ini, Dr Mahathir berkata ia tidak akan diadakan kerana ia boleh mengundang konflik antara kaum dan melebarkan jurang antara bandar dan luar bandar.
Lim menambah, sebarang keputusan berhubung pilihan raya itu juga perlu dibincang dan mendapat persetujuan dengan gabungan daripada empat parti dalam PH.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment