Write For Us

PRK CHINI : Chini Bakal Terima 10 Mesin Hemodialisis - Menteri Kesihatan

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
74 Views
Published
Setelah menerima pelbagai rungutan daripada masyarakat khususnya pesakit buah pinggang, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akhirnya memutuskan untuk mewujudkan sebuah pusat hemodialisis bagi penduduk Chini.

Menterinya, Datuk Dr Adham Baba berkata, terdapat keperluan mendesak untuk mewujudkan pusat hemodialisis di kawasan ini memandangkan pesakit terpaksa melakukan perjalanan sejauh 80 kilometer untuk ke Pekan atau Muadzam bagi mendapatkan rawatan tersebut.

“Kita lihat sekurang-kurangnya 10 mesin boleh diletakkan di pusat hemodialisis di sini melihatkan peruntukan tidak sampai RM2 juta.

“Kita gunakan peruntukan yang KKM ada sebagai keutamaan,” katanya sempena lawatan kerja ke Klinik Kesihatan Chini, hari ini.


MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com

#malaysiagazette #mgtv
Category
Berita - News
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment