Barisan Nasional (BN) mengharapkan tiada pertandingan berlaku pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini, sekali gus membolehkan calon Perikatan Nasional (PN) menang tanpa bertanding.
Setiausaha Agung BN, Tan Sri Annuar Musa, berkata dalam keadaan sekarang, adalah lebih baik pertandingan tidak dijalankan demi manfaat rakyat.
"Kalau ada pertandingan kena ada kempen, tetapi dalam musim PKPP (Perintah Pergerakan Kawalan Pemulihan) ini kalau tak bertanding lebih baik," katanya pada sidang media selepas melawat Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur, di sini.
Pada 6 Jun lalu, Pakatan Harapan (PH) menyatakan tidak meletakkan calon berikutan kebimbangan terhadap aspek keselamatan pengundi, susulan penularan wabak COVID-19.
PRK Chini 4 Julai ini diadakan selepas penyandangnya, Datuk Seri Abu Bakar Harun, meninggal dunia akibat serangan jantung pada 7 Mei lalu.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment