Write For Us

PRK DUN Balakong pada 8 September - SPR

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
113 Views
Published
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tempoh kempen selama 21 hari bagi pilihan raya kecil (PRK) DUN Balakong pada 8 Sept.
Pada sidang akhbar tengah hari ini, Timbalan Pengerusi SPR, Tan Sri Othman Mahmood mengumumkan bahawa kesemua calon bertanding akan memfailkan pencalonan mereka pada 18 Ogos di dewan Pejabat Daerah Hulu Langat.
Ini bermakna ia merupakan antara tempoh kempen terpanjang yang ditetapkan untuk pilihan raya kecil mahupun pilihan raya umum (PRU) setakat ini.
Tempoh berkempen selama 21 hari itu juga selaras dengan tuntutan yang dibuat badan reformasi pilihan raya, BERSIH.
Kerusi DUN Balakong kosong berikutan kematian penyandangnya dari PKR, Eddie Ng Thien Chee dalam kemalangan jalan raya pada 20 Julai.
Ia merupakan pilihan raya kecil kedua diadakan selepas PRU14 pada 9 Mei lalu.
Pada PRU lalu, Ng menewaskan calon BN, Lim Chin Wah dan calon PAS, Mohamad Ibrahim Ghazali dengan majoriti 35,538 undi.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment